Tuesday, June 12, 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah untuk Sesi Penggal ke-2, 2012

Seluruh warga SK Jalan Datuk Palembang mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid-murid SK Jalan Datuk Palembang bagi meneruskan sesi pembelajaran penggal yang ke-2.

Sesi pembelajaran penggal yang ke 2 bermula pada 11 Jun 2012 hingga 18 Ogos 2012.
Semua murid-murid dikehendaki mematuhi segala peraturan kehadiran dan disiplin sekolah yang telah ditetapkan  semasa berada di SKJDP....

Thursday, July 21, 2011

Menghitung Hari Persaraan Pn Jalilah Abd Ghani


16 Ogos 2011 adalah hari terakhir Pn Jalilah berkhidmat sebagai pendidik. SK Jalan Datuk Palembang merupakan sekolah paling lama beliau berkhidmat. Bermula daripada guru biasa dan sekarang memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum. Kami amat kagum dengan semangat dan ketekunan beliau mengajar murid-murid walaupun berada di penghujung perkhidmatan. Sebagai pentadbir, beliau amat bertimbang rasa dengan para guru dan kakitangan sekolah.

Kepada bekas murid-murid beliau atau kenalan, marilah sama-sama kita mengucapkan selamat bersara kepada beliau.

Hari Persaraan beliau InsyaAllah akan diadakan pada 17 Ogos 2011 - Rabu jam 8.00 - 10.30 pagi di Dewan Sekolah. Jemputlah meraikannya.

SELAMAT BERSARA.

Wednesday, July 20, 2011

Harapan kepada calon UPSR 2011


Kami warga SKJDP mendoa dan mengharapkan agar semua calon UPSR SKJDP 2011 dapat menghadapi peperiksaan pada 13, 14 & 15 September 2011 dengan cemerlang. Buat persediaan secukupnya, penuhi masa dengan ulang kaji, jaga kesihatan dan keselamatan diri.


6 Siantan

6 Melur

6 Kenanga

6 Cempaka

6 Anggerik

6 Dahlia

Saturday, July 16, 2011

Peperiksaan Percubaan UPSR 2011

Warga SKJDP berharap semua pelajar tahun 6 dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang dan cemerlang ketika menjawab soalan.

Peperiksaan pada 19, 20 & 21 Julai 2011

Pusat MA041 &  MA042 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail dan Tingkat Atas Blok Kasturi.

Ceria Selalu - Berjuang Hingga Berjaya

Friday, January 23, 2009

UPSR 2008

Alhamdulillah, berkat usaha keras daripada semua pihak SKJDP terus cemerlang. Seramai 56 orang pelajar memperoleh straight A's dalam UPSR baru-baru ini. Tahniah. Moga kecemerlangan akan terus menyemarakkan semangat SKJDPians. Berjuang hingga berjaya.

Saturday, August 11, 2007

SAMBUTAN HARI GURU







Sambutan Hari Guru 2007. Lihatlah kemeriahan sambutan dari foto-foto di atas. Acara dimeriahkan dengan aktiviti perarakan, sukaneka, nyanyian karaoke, pertukaran hadiah dan cabutan bertuah.

GOTONG ROYONG






Pada 10 Februari 2007, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong peringkat sekolah bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah termasuk semua murid, guru, staf sokongan dan juga pekerja kontrak. Semua warga SKJDP bersama-sama menjayakan 'Sekolahku Syurgaku'.