Saturday, August 11, 2007

GOTONG ROYONG






Pada 10 Februari 2007, pihak sekolah telah mengadakan aktiviti gotong-royong peringkat sekolah bagi membersihkan seluruh kawasan sekolah. Aktiviti ini melibatkan semua warga sekolah termasuk semua murid, guru, staf sokongan dan juga pekerja kontrak. Semua warga SKJDP bersama-sama menjayakan 'Sekolahku Syurgaku'.

5 comments:

zainudin said...

Masa saya sekolah kat sini dulu, nama sekolah ni BUKIT BARU PRIMARY ENGLISH SCHOOL(BBPES). Lepas tu SRIBB. Saya ingat kulit buku saya dulu tulis Sek. Ren. Jenis Kebangsaan (I) Jln. Dato' Palembang.

Guru Besar saya masa tu S. Kasevan. Masa tu tak ada blok bertingkat-tingkat. Saya ingat kebanyakan cikgu saya; Cikgu Siti, Cikgu Sharifah, Cikgu Nyemah, Mrs. Chong, Mrs.Lim, Ms. Devi, Ms. Tan, Mrs. Low, Pn. Vimala, Cikgu Osman, Ustaz (saya lupa-tak pernah tak pakai songkok), Cikgu Rahman (kelas bisu/pekak), Pakcik Sharip, Pakcik Ali.
Rumah Raja Udang, Nuri, Punai, Tiong.
Masa tu sekolah ni belum elit lagi. Tahun 75 (masa tu penilaian) 2 orang dapat 5A, 8 orang dapat 4A semua dapat sekolah asrama - MCKK, TKC, SDAR, STF; tak payah mintak.
Adik-adik saya lagi 4 orang, 3 dapat 4A. Seorang dapat 1A aje.
Yang saya ingat rumah saya yang paling jauh dari sekolah. Kena bangun pukul 5 pagi nak pergi sekolah. Saya tinggal di Durian Tunggal.
Saya pun memang bangga dengan sekolah saya ni.

Zain Ariffin Bin Ismail said...

Mmmm...Cikgu Nyemah...Cikgu Sharifah...Sharifah Talha kan? S.Kasevan...ingat lagi masa dia ajar grammar Std5...paling menggerunkan...bila dia marah...dia kan gulungkan lidahnya ke atas & pial telinga aku sambil goyang2kan depan belakang...sampai 1 row meja kerusi bergoyang...thanx to him...aku dapat A in English masa penilaian...SRP A1...SPM C3...pasal dah lama tak kena pial telinga...har..har..har...
Masa aku masuk '81 dah tak pakai nama SRIBB lagi...tapi senikata lagu sekolah masih tak tukau..."SRIBB ibu kandung ku...."

Wandy Ridzuan said...

yah, cikgu2 dulu semua garang2 termasuk lah time saya (batch 1996),kene pukul masa tu mana ada saman2 macam sekarang ni,seriously sekarang kanak2 dia mengada2 sikit, x macam kita semua ganas,sebab tu lah asyik kene pukul je..hahaha...*Nasi ayam time 1996 gila sedap time tu,murah lagi..hehehe

mohd fairuz dimin said...

Saya juga bekas pelajar sekolah ini dari tahun 1976-1981, seingat saya sekolah semasa saya darjah 1 namanya adalah Sekolah Rendah Inddgeris Bkt Baru, kemudiannya pada tahun 1977 ianya bertukar nama kepada Sekolah Rendah Keb Jln Datok Palembang. Tahun 1978 masih ada lagi Ujian Darjah 3...Selalu panjat bukit datuk palembang..masa tu pusat latihan kastam belum ada lagi..di puncak bukit tersebut terdapat kubu pertahanan tentera australia perang dunia kedua.. terdapat juga kubur keramat datok palembang yg asal nama jalan tersebut..selalu ambil buah limau dgn member2 satu geng masa tu...terdapat juga pusat latihan lalulintas shell...kini hanya tinggal kenangan..menurut cerita terdapat juga rel keretapi dikaki bukit tersebut..wallahualam..

acsing said...

I studied here from 1968 to 1970 till standard 3 before I went to Alor Gajah primary English School when my family shifted to Machap Umboo from Batu Hampar. I cannot remember any of the teacher's name but can only remember the classroom and the toilets. The toilets were far away from the classroom and all of them were single storey building.