Thursday, July 21, 2011

Menghitung Hari Persaraan Pn Jalilah Abd Ghani


16 Ogos 2011 adalah hari terakhir Pn Jalilah berkhidmat sebagai pendidik. SK Jalan Datuk Palembang merupakan sekolah paling lama beliau berkhidmat. Bermula daripada guru biasa dan sekarang memegang jawatan sebagai Guru Penolong Kanan Kurikulum. Kami amat kagum dengan semangat dan ketekunan beliau mengajar murid-murid walaupun berada di penghujung perkhidmatan. Sebagai pentadbir, beliau amat bertimbang rasa dengan para guru dan kakitangan sekolah.

Kepada bekas murid-murid beliau atau kenalan, marilah sama-sama kita mengucapkan selamat bersara kepada beliau.

Hari Persaraan beliau InsyaAllah akan diadakan pada 17 Ogos 2011 - Rabu jam 8.00 - 10.30 pagi di Dewan Sekolah. Jemputlah meraikannya.

SELAMAT BERSARA.

No comments: